Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di
tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq
untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini.
Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk
menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit
dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh
melangkah sejauh mata memandang.
Kita tahu nabi menunggang Buraq tetapi terdapat perkongsian kisah tentang Buraq ini yang tidak tahu..
Kisahnya menceritakan tentang Bumi yang bangga akan diri nya dan
membandingkan dengan langit,sehingga berlakunya la peristiwa ISRAK
MIKRAJ .
ikuti kisahnya di bawah ini....
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.
Berkata dia kepada langit,
Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah
menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut,
sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.
Berkata langit,
Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan,
bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada
padaku.
Berkata bumi,
Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para
nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang
baik).
Bumi berkata lagi
Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai
penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya
segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu
tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku.
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian.
Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,
Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa
bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab
soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad
Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan
kebagusannya dan berbangga.
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T
memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab,Janganlah
engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan
engkau mencabut nyawa pada malam ini.
Jibrail A.S. bertanya,
Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?
Allah S.W.T berfirman, maksudnya,
Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang
bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat
nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada
seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S.
menghampiri buraq itu lalu bertanya,
Mengapa engkau menangis, ya buraq?
Berkata buraq,
Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40
tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah
itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi.
Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.
Berkata Jibrail A.S.,
Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan
membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam. Buraq yang
diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk
dan Mikraj.
Dengan itu Buraq di turunkan ke bumi

No comments:
Post a Comment