إِنَّهُ عَلَى رَجْعِهِ لَقَادِرٌ (8)
يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ (9)
فَمَا لَهُ مِنْ قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ (10)
8) sesungguhnya Allah itu amat berkuasa untuk menghidupkan manusia kembali
9) Pada hari diperiksa segala isi hati
10) Maka ketika itu, manusia tidak lagi mempunyai sebarang kekuatan dan tidak pula mempunyai penolong
apa yang paham dengan tiga ayat ni dengan rujukan kitab2 tafsir...:)
Tuhan yang mencipta dan memelihara manusia.dan Dia jugalah yang berkuasa menghidupkannya kembali selepas mati @ memulihkannya hidup kembali selepas reput & hancur. Kelahiran & penciptaan pertama manusia membuktikan kekuasaan Allah, disamping membuktikan pentadbiranNya yang agung. Penciptaan manusia yang amat halus dan nikmat penciptaanNya itu akan hilang sia-sia sahaja andai tiada Hari Kebangkitan semula untuk diperiksa segala isi hatinya & untuk dibalas amalan mereka dengan balasan yang setimpal.
Pada hari kiamat itu diperiksa segala rahsia hati yang terpendam & tersembunyi. Pada hari itu, hati-hati akan diperiksa & didedahkan segala rahsia dalamnya. Seperti andaian cahaya bintang dapat menembusi kegelapan malam. Begitu juga hati manusia akan ditembusi untuk diperiksa pada hari khiamat kelak.
Dimana manusia tidak mempunyai sebarang kekuatan dan penolong, iaitu manusia tidak mempunyai kekuatan dari dalam dirinya sendiri..begitu juga tidak mungkin ada penolong dari luar dirinya. Di akhirat mulut dikunci.yang berkata dan menjawab hanyalah anggota badan. Di akhirat segala rahsia hati terbuka dan terdedah dan tiada sebarang kekuatan & penolong dari diri sendiri mahupun dari luar.
Waallahua'lam.

No comments:
Post a Comment